Haji Tajudin, Sabrina johan qari dan qariah musabaqah

Haji Tajudin, Sabrina johan qari dan qariah musabaqah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Haji Tajudin bin Haji Arshad dan Dayang Sabrina bin Abdullah, masing-masing muncul johan qari dan qariah dalam Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah bagi tahun 1436H/2015M, yang berlangsung di masjid itu, hari ini.

Dalam bahagian qari, Haji Tajudin disaingi oleh Awang Saidun @ Rahmat Haji Aji/Haji Abdul Aziz yang berada di tempat kedua dan Awang Mohd Rusydi @ Arif bin Haji Aji menyandang tempat ketiga.

Sementara itu, tempat kedua bahagian Qariah pula dimenangi oleh Hajah Amidah binti Ghafar dan diikuti oleh Datin Hajah Norrlina binti Haji Mohd Noor di tempat ketiga.

Antara yang hadir di majlis itu hari ini.
Antara yang hadir di majlis itu hari ini.
Haji Tajudin menerima hadiah sebagai johan qari yang disampaikan oleh Haji Mokhdar.
Haji Tajudin menerima hadiah sebagai johan qari yang disampaikan oleh Haji Mokhdar.
Dayang Sabrina menjuarai musabaqah bahagian qariah menerima hadiah.
Dayang Sabrina menjuarai musabaqah bahagian qariah menerima hadiah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Kampung Menglait, Haji Mokhdar bin Haji Ahmad.

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Agama Kanan Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Haji Harith bin Haji Suboh.

Tahun ini, seramai tujuh orang qari dan sembilan orang qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan dihakimi daripada aspek Tajwid, lagu, Fasahah dan suara.

ARTIKEL YANG SAMA