Hak asasi bidas bank Israel sedia khidmat pinjaman

BAITULMAQDIS, 13 Sept – Bank-bank Israel menyumbang kepada pertambahan petempatan Tebing Barat dengan menyediakan pinjaman dan gadai janji bagi pembinaan di sana, yang melanggar obligasi hak asasi kemanusiaan mereka, menurut Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan dalam satu laporan hari ini.

Laporan itu mengatakan undang-undang Israel tidak memerlukan bank-bank menyediakan perkhidmatan seumpama itu kepada petempatan dan menggesa mereka menjauhi kegiatan seumpama itu.

Ia juga menggesa para ‘pemegang saham’ bank-bank supaya memastikan hubungan perniagaan mereka tidak menyumbang kepada atau memberi faedah dari ‘para pencabul hak asasi kemanusiaan’. Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan berkata bank-bank telah membantu meluaskan petempatan Tebing Barat, yang kini didiami oleh kira-kira 400,000 orang Israel.

Sari Bashi, pengarah sokongan Israel dan Palestin bagi kumpulan itu berkata bank-bank itu seharusnya mematuhi dasar panduan PBB berhubung perniagaan dan hak asasi kemanusiaan, satu garis pandu tanpa syarat bertujuan menangani dan menyelesaikan penganiayaan yang dilakukan dalam kegiatan perniagaan atau berdepan tindakan para pemegang saham.

“Banyak sekali langkah yang boleh dan seharusnya diambil oleh pihak bank untuk mengurangkan penglibatan mereka dalam petempatan, jika tidak dihentikan sama sekali,” ujarnya.

“Jika mereka memilih tidak mengambil langkah, para pelabur institusi yang mengambil berat akan kegiatan hak asasi kemanusiaan mereka sendiri seharusnya mengambil tindakan.” – AP