Hak Asasi Kemanusiaan: Malaysia menyerupai sebuah ‘negara polis’

Hak Asasi Kemanusiaan: Malaysia menyerupai sebuah ‘negara polis’

KUALA LUMPUR, 27 Okt (AFP) – Malaysia semakin menyerupai sebuah ‘negara polis’ ketika kerajaan menggunakan undang-undang menindas untuk mendiamkan pengkritik-pengkritik yang termasuklah mereka yang menuntut perdana menteri menjawab dakwaan rasuah, menurut Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) hari ini.

Kumpulan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) itu berkata dalam satu laporan bahawa, di sebalik janji-janji sebelumnya oleh kerajaan yang lama memerintah untuk menamatkan penganiayaan, Perdana Menteri Najib Razak meningkatkan tindakan yang bermula selepas prestasi teruk dalam pilihan raya 2013.

“Malaysia mula menyerupai sebuah ‘negara polis’. Mereka yang mengkritik secara terbuka dan jujur berakhir dengan didakwa atas tuduhan jenayah,” kata pengarah Asia pertubuhan hak asasi kemanusiaan, Brad Adams.

Gambar fail yang diambil pada 29 Ogos menunjukkan para pembantah memegang pelekat-pelekat yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak semasa perhimpunan di Kuala Lumpur. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 29 Ogos menunjukkan para pembantah memegang pelekat-pelekat yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak semasa perhimpunan di Kuala Lumpur. – AFP

Mereka yang semakin menjadi sasaran termasuklah para penentang yang menuduh Najib dan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Board (IMDB) terlibat dengan rasuah, menurut Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan.

Para pengkritik berkata sejumlah besar wang hilang dari 1MDB – yang telah dilancarkan oleh Najib – dan pada bulan Julai lalu didedahkan bahawa hampir $700 juta dalam kemasukan misteri telah dibuat kepada akaun bank peribadi perdana menteri.

Laporan kumpulan hak asasi itu bertajuk “Creating a Culture of Fear” (Mewujudkan Budaya Ketakutan), mengatakan kerajaan Najib menggunakan penyiasatan dan berjenis-jenis dakwaan untuk memberi tekanan ke atas ahli-ahli politik pembangkang, kumpulan masyarakat awam, saluran keluar media pengkritik dan yang lain.