Hak pekerja dalam negara sentiasa dijamin

Hak pekerja dalam negara sentiasa dijamin

KUCHING, 1 Mei (Bernama) – Hak-hak pekerja dalam negara terus dijamin dalam kesungguhan Malaysia menuju status negara maju di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata bagi tujuan itu, kerajaanakan terus memperkenalkan pelbagai langkah baharu, antaranya Sistem InsuransPekerjaan yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015 yang lepas.

Selain ini menurutnya kerajaan juga memperkenalkan dasar khusus bagimeningkatkan taraf hidup pekerja dan meningkatkan daya saing industri seperti dasar gaji minimum dan dasar umur persaraan minimum.

“Dalam hal ini, saya menyeru warga pekerja, majikan dan pihak industrikhususnya di Sarawak untuk terus menyokong hasrat kerajaan melaksanakannya supaya ia dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis sambutan Hari PekerjaPeringkat Kebangsaan 2015 yang dilancarkan Najib di Pusat Konvenysen Borneo Kuching di sini hari ini.

Sementara itu, Adenan berkata beliau mahu supaya aspek penguatkuasaan perundangan dan promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Sarawak digiatkanlagi bagi meningkatkan pematuhan dan seterusnya mengurangkan kemalangan industri dan penyakit.

“Adalah amat wajar jika aspek keselamatan dan kesihatan diletakkan sebagai salah satu daripada prosedur tadbir urus terpenting bagi sesebuah organisasi,” ujarnya.

Tambahnya, Sarawak sekarang mempunyai 1.1 juta pekerja yang menyokong penuh hasrat kerajaan negeri untuk mencapai status negeri maju pada 2030.

Terdahulu Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dalam ucapannya berkata sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan tahun ini mencipta sejarah dengan penyertaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Sekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACs) dan Persekutan Majikan Majikan Malaysia (MEF) buat kali pertama.