Hak pemain wanita dipertahankan

Hak pemain wanita dipertahankan

CHICAGO, 5 Feb – Ketakutan terhadap kemungkinan tidak beraksi dalam Olimpik Rio oleh pasukan kejuaraan Piala Dunia Wanita, Persekutuan Bola Sepak AS telah memfailkan tuntutan undang–undang ke atas kesatuan pemain wanitanya.

Langkah tersebut, yang dibuat lewat Rabu lalu di Mahkamah Daerah AS di Chicago, meminta mahkamah untuk mengesahkan persetujuan tawaran kolektif sekarang (CBA) yang diadakan sejak 2013 dan dilihat akan mansuh pada akhir tahun ini.

Richard Nichols, pengarah eksekutif Persekutuan Pemain Pauskan Kebangsaaan Wanita, memberitahu US Soccer dia tidak percaya terdapat persetujuan telah diadakan, kedudukan yang akan membenarkan pasukaan wanita AS untuk menentang bermula 24 Februari.

“Kami merasa yakin mahkamah akan mengesahkan kewujudan dan kesahihan CBA yang ada sekarang,’ kata kenyataan US Soccer.

“Sementara itu, kami percaya dengan mendapatkan tindakan ini, kedua belah pihak dengan laluan paling efisien kepada penyelesaian, dalam usaha untuk tidak membahayakan penyertaan pasukan dalam mana –mana perlawanan tahun ini, termasuk Sukan Olimpik 2016.”

Kenyataan itu akan menetepkan masa dan tugasan bagi perundingan persetujuan baru, pemain –pemain memiliki lebih banyak pengaruh jika perbincangan diadakan dalam bayangan Rio.

‘Kami bersedia untuk meneruskan tugasan kami bersama pemain untuk menangani kebimbangan mereka dan terus untuk membantu memperbaiki permainan pada masa depan,’ kata kenyataan.

Pasukan AS telah memenangi empat dari lima pingat emas Olimpik sejak sukan itu dimasukkan yang ditawarkan pada Sukan Centennial Atlanta pada 1996, termasuk tiga yang lalu berturut –turut.

Mereka menewaskan China 2-1 dalam perlawanan akhir Olimpik wanita yang pertama, tewas kepada Norway dalam persaingan di Sydney pada 2000, kemudian menewaskan Brazil pada 2004 dan 2008 dan menyingkirkan Jepun 2-1 dalam perlawanan Olimpik London 2012.

Pasukan Wanita AS juga menewaskan Jepun 5-2 dalam Piala Dunia Wanita tahun lepas di Vancouver. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA