Hak penghijrah perlu ditangani

Hak penghijrah perlu ditangani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Hak asasi penghijrah di rantau ASEAN dan punca akar umbi masalah ini mesti ditangani dengan serius pada integrasi Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC) untuk mengurangkan impak ke atas penghijrahan yang menjejaskan mereka.

Ini adalah gesaan yang dibuat oleh para peserta Perundingan Serantau Berhubung Penghijrahan dan Hak Asasi Kemanusiaan di ASEAN ke-8 di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

Perundingan tersebut dianjurkan oleh sekumpulan Pertubuhan Masyarakat Awam (CSOs) yang diterajui oleh Perpaduan bagi Sokongan Rakyat Asia dan Pasukan Petugas bagi ASEAN dan Hak Asasi Kemanusiaan dengan para peserta datangnya dari lebih 60 buah pertubuhan di rantau ASEAN.

Timbalan Presiden 1 Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Negara Brunei Darussalam, Dayang Nur Judy binti Abdullah semasa menghadiri perundingan tersebut berkata, dalam perundingan serantau, ia menumpu pada rangka tindakan masyarakat ekonomi ASEAN yang lebih banyak menggalakkan agenda perniagaan dan pelaburan, perjanjian perdagangan bebas dan penggunaan pekerja, terutamanya penghijrah dan pekerja-pekerja wanita yang kerap dieksploitasi bagi buruh murah dan buruh fleksibel yang membawa kepada masalah gaji yang tidak adil dan tidak bertahan, keadaan tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan, penganiayaan, keganasan dan layanan buruk di dalam negara yang menghantar dan menerima di rantau ASEAN.

Katanya, kira-kira 87 peratus pekerja penghijrah di ASEAN adalah di dalam pekerjaan mahir yang separa dan rendah. Ini menjamin mereka menerima gaji rendah dan justeru itu mudah terdedah kepada eksploitasi.

Datin Paduka Hajah Intan ketika menyertai Perundingan Serantau Berhubung Penghijrahan dan Hak Asasi Kemanusiaan di ASEAN ke-8 di KL.
Datin Paduka Hajah Intan ketika menyertai Perundingan Serantau Berhubung Penghijrahan dan Hak Asasi Kemanusiaan di ASEAN ke-8 di KL.
Para peserta rundingan ketika bergambar ramai di acara berkenaan.
Para peserta rundingan ketika bergambar ramai di acara berkenaan.

Pada dasarnya 60 peratus daripada semua pekerja di ASEAN tidak mempunyai perlindungan sosial dan dalam kebanyakan kes ini berpunca daripada sektor mana mereka bekerja, termasuklah perkhidmatan atau sektor pertanian, menurut Pasukan Petugas berhubung Pekerja-pekerja Penghijrah di ASEAN.

Salah satu matlamat utama perundingan serantau itu ialah untuk mengenal pasti, skop isu hak kemanusiaan yang dihadapi para penghijrah di rantau ASEAN dalam konteks pelancaran Masyarakat Ekonomi ASEAN dalam tahun 2015.

Penubuhan Masyarakat Ekonomi ASEAN pada 2015 adalah satu projek besar ASEAN yang bermatlamat menyepadukan pelbagai ekonomi Asia Tenggara, sebuah rantau dengan 600 juta orang dan penghasilan kasar dalam negeri yang telah digabungkan pada AS$2.4 trilion.

“Perundingan juga menyentuh isu-isu berhubung pekerja penghijrah wanita di rantau itu. Kami mengetahui bahawa kira-kira 48 peratus hingga 53 peratus penghijrah di rantau ASEAN adalah wanita yang mana 73 peratus daripada mereka adalah penghijrah dari Indonesia dan Filipina,” kata Nur Judy Abdullah.

Wanita lebih berkemungkinan berhijrah boleh dieksploitasi, menerima gaji rendah, kerja tidak formal dengan kerja domestik menjadi bentuk terbesar pekerjaan bagi pekerja penghijrah wanita di rantau itu, tambah beliau.

Pesuruhjaya ASEAN Brunei bagi Kanak-kanak merangkap Pengerusi ACWC, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim juga dijemput menjadi penceramah berhubung ‘Prospek Rangkaian bagi Agensi Perkhidmatan Sosial (NOSSA) dalam melindungi orang dalam penghijrahan’ ketika perundingan itu.

Beliau mengongsikan bahawa NOSSA dibentuk untuk mengukuhkan peruntukkan sokongan ke atas perkhidmatan kebajikan sosial kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan atau yang terselamat daripada keganasan dan juga keluarga mereka.

ARTIKEL YANG SAMA