Hakim gugur dakwaan seludup dadah

Hakim gugur dakwaan seludup dadah

MANILA, 14 Okt – Hakim Filipina menggugurkan dakwaan penyeludupan dadah ke atas seorang lelaki selepas memerintahkan bahawa pihak polis telah mereka-reka bukti, dokumen mahkamah menunjukkan, ketika kebimbangan semakin bertambah tentang usaha baru Presiden Rodrigo Durterte dalam memerangi dadah.

Seorang lelaki warga Kanada yang diberkas dalam operasi polis yang sama telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh hakim berlainan, dengan pihak berkuasa menyambut baik pendakwaannya sebagai tanda bahawa kempen itu mencapai keputusan yang pantas.

Tindakan itu telah membawa kepada kematian lebih 3,300 orang sejak Duterte menyandang jawatan presiden pada 30 Jun, yang menimbulkan kebimbangan bahawa pihak polis melaksanakan pembunuhan di luar bidang kehakiman dan melanggar undang-undang dalam cara lain untuk mematuhi arahan presiden menghapuskan dadah dalam masyarakat.

Damian Berg, lelaki warga Australia itu, didakwa menyeludup dadah selepas pihak polis mengatakan dia ditangkap bersama-sama Jeremy Eaton dari Kanada ketika cuba menjual pil ekstasi di jalan raya Manila pada Jun lalu.

Berg menegaskan polis telah menyeretnya keluar dari bilik hotel dan kemudian membawanya ke jalan raya dan di situ pil-pil itu diletakkan pada dirinya dan dia kemudian diarak di hadapan para wartawan yang sedang menunggu.

Peguam Berg telah mengemukakan rakaman CCTV dari hotel itu yang menyokong dakwaannya dan hakim yang mendengarkan kes itu di daerah kewangan, Makati memerintahkan bahawa pihak polis sesungguhnya berdusta tentang bagaimana dia menangkapnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA