Hakim nafi tidur ketika perbicaraan

Hakim nafi tidur ketika perbicaraan

HANOI, 2 Jun (dpa) – Seorang hakim Vietnam terpaksa mempertahankan dirinya selepas sebuah video telah dikongsikan di media sosial yang menunjukkan dia sedang tidur ketika satu perbicaraan, lapor media hari ini.

Video itu memperlihatkan Nguyen Van Giol, sebahagian dari panel tiga hakim berhubung pertikaian penggunaan tanah, sedang bersandar pada kerusinya dengan kepalanya menyendeng ke sisi selama lebih seminit.

“Saya hanya menutup mata saya beberapa saat,” Giol memberitahu surat khbar Tuoi Tre. Hakim itu menegaskan dia tidak pernah tertidur, tetapi mengakui dia tidak tidur hingga lewat malam sebelumnya.

Penduduk Vietnam membangkitkan bantahan di media sosial.

“Adalah tidak dapat diterima seorang hakim terlelap,” seorang pengguna Facebook menulis. “Bagaimana dia boleh membuat keputusan adil dalam kes itu?”

Pihak berkuasa Tra Vinh berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu.Gioi mengatakan sebilangan wartawan mungkin cuba memburuk-burukkan dirinya kerana dasar ketatnya berhubung kemasukan ke mahkamah.

Tidak diketahui siapa yang telah memasukkan video itu ke laman sosial.

ARTIKEL YANG SAMA