Hakim tolak ringankan hukuman

Hakim tolak ringankan hukuman

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151212_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Harapan dua orang lelaki untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan tidak kesampaian apabila Mahkamah Rayuan di sini, menolak rayuan mereka dengan mengekalkan hukuman yang sedia ada.

Warga tempatan, Sukardi bin Jamahad, 30, dijatuhi enam tahun penjara dan empat sebatan manakala rakannya warga Malaysia, Mohammad Noh bin Zainal Abidin, 31, dihukum penjara lima tahun dan juga empat sebatan atas penglibatannya.

Mereka dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Perantaraan pada 8 Oktober 2015 selepas disabit setelah perbicaraan.

Tertuduh disabit atas pertuduhan menyebabkan kerosakan pada ATM Baiduri di Kiulap dan ATM Standard Chartered di Sengkurong, menceroboh ke dalam kedua-dua bank tersebut dan juga menceroboh ke dalam PAD Motors, Beribi pada Julai 2012.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh merayu untuk hukuman diringankan dengan menyuarakan rasa sesal atas perbuatan yang dilakukan, tambahan lagi keluarga masing-masing memerlukan mereka.

“Kesalahan yang tertuduh lakukan adalah serius di mana mereka telah merancang dan membuat tinjauan untuk melakukan jenayah itu,” kata Hakim.

Hakim John Barry Mortimer yang bersidang bersama Hakim Leonard dan Hakim Burrell bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya yang mengatakan perbuatan tertuduh telah menyusahkan pihak bank dan pelanggannya, dan hukuman tinggi adalah sesuai dan wajar.

ARTIKEL YANG SAMA