Hakim wanita Jepun guna nama asal

TOKYO, 12 Jan – Seorang hakim perempuan yang baru dilantik di Mahkamah Agung Jepun berkata dia akan menggunakan nama asalnya ketika membuat keputusan dalam kes pertama di negara yang dikritik atas sikap terhadap kesaksamaan jantina.

Pasangan yang berkahwin di Jepun dikehendaki mempunyai nama keluarga yang sama di bawah undang-undang yang ditegakkan pada 2015, tetapi mencetuskan kritikan daripada aktivis yang menyifatkannya sebagai seksis dan ketinggalan zaman.

Konservatif sosial mempertahankan undang-undang sebagai penting untuk mengekalkan struktur keluarga tradisional Jepun tetapi pengkritik mengatakan ia mencerminkan masyarakat yang masih didominasi oleh lelaki dan ketinggalan di belakang negara maju lain dari segi kesamarataan.

Yuko Miyazaki, 66, anggota tunggal wanita keenam di Mahkamah Tinggi Jepun, mengesahkan kepada AFP melalui jurucakap dia ‘akan menggunakan nama asalnya’ untuk penghakiman.

“Adalah wajar bagi saya untuk menggunakan nama yang saya gunakan sebagai peguam,” katanya kepada media tempatan sambil menambah adalah penting mempunyai ‘pilihan’ untuk mengekalkan nama sebelum perkahwinan sebagai perubahan nilai tradisional.

Mahkamah Agung membenarkan pegawainya menggunakan nama sebelum perkahwinan tetapi Miyazaki adalah hakim mahkamah tertinggi pertama yang memilih untuk berbuat demikian.

Jepun menduduki tempat paling bawah dalam kalangan Negara G7 dalam ‘Laporan Jurang Jantina Global’ terkini Forum Ekonomi Dunia apabila menduduki tangga ke-114.

Laporan itu menjejaskan penyertaan wanita dalam ekonomi dan politik di Jepun amat rendah, di mana hanya kira-kira 10 peratus dewan rendah parlimen terdiri daripada ahli parlimen wanita.

Miyazaki berkata dia diilhamkan untuk memasuki jurusan undang-undang oleh bapanya, yang memberitahu dia ‘tiada perbezaan antara lelaki dan wanita di mahkamah’ pada masa dan ketika wanita di Jepun sukar mencari pekerjaan.

Setelah menamatkan pengajian dari fakulti undang-undang Universiti Tokyo pada tahun 1976 dan Harvard Law School pada tahun 1984, dia mendaftar sebagai seorang peguam sebelum berkahwin dengan nama asalnya Miyazaki.

Dia telah memenangi pengiktirafan global dalam kalangan pengamal undang-undang sebagai peguam korporat dan cukai tetapi dilaporkan pernah ditolak daripada menginap di sebuah hotel di luar negara kerana nama profesional berbeza daripada nama asal. – AFP