Halaqah zikir semarakkan Masjid Bokok

Halaqah zikir semarakkan Masjid Bokok

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 1 Mei – Seramai 30 orang telah menghadiri Majlis Halaqah Zikir yang berlangsung di Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Temburong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Penghulu Mukim Bokok, Haji Emran bin Haji Sabtu.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Bokok, jawatankuasa takmir masjid dan jemaah masjid berkenaan serta para pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Ugama, Daerah Temburong.

Kali ini, majlis telah diisikan dengan sembahyang sunat hajat, bacaan surah Yasin dan doa Yasin, doa khas Halaqah Zikir secara berjemaah yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Haji Mohd Yusof bin Haji Ahad.

Sebahagian jemaah terdiri daripada ahli jawatankuasa MPK Bokok dan pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.
Sebahagian jemaah terdiri daripada ahli jawatankuasa MPK Bokok dan pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

Halaqah Zikir ini merupakan aktiviti Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang dikendalikan oleh masjid-masjid di seluruh negara setiap dua ke tiga bulan sekali mengikut jadual di masjid masing-masing

Tahun ini merupakan kali ketiga ia diadakan yang bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir melalui pengendalian aktiviti-aktiviti berunsur kerohanian.