Halep mara ke suku akhir Sydney International

Halep mara ke suku akhir Sydney International

SYDNEY, 12 Jan (Reuters) – Pemain nombor dua dunia Simona Halep mengatasi masalah tamat untuk mengalahkan Caroline Garcia dari Perancis di Kejohanan Sydney International hari ini menjelang Terbuka Australia minggu depan.

Pemain Romania itu menarik diri daripada kejohanan Birsbane International minggu lepas disebabkan kecederaan, yang juga menjejaskan kempen 2015nya, dan dia memanggil pegawai perubatan pada perlawanan pusingan keduanya.

Halep yang diberikan bye pada pusingan pertama, berkata sakit itu datang namun dia berjaya menghasilkan beberapa aksi tenis terbaiknya pada set penentu dalam perjalanan kemenangan 6-4, 2-6, 6-1 untuk layak ke suku akhir menentang pemain pilihan kelima dari Republik Czech Karolina Pliskova.

Pemain berusia 24 tahun itu salah seorang daripada empat pemain wanita terkemuka untuk ke Terbuka Australia, yang bermula di Melbourne Isnin depan yang berdepan kecederaan.

Simona Halep mara ke suku akhir Kejohanan Sydney International. – Reuters
Simona Halep mara ke suku akhir Kejohanan Sydney International. – Reuters

Pemain nombor satu dunia, Serena Williams (masalah lutut), ranking kelima Maria Sharapova (masalah tangan) dan pemain nombor tiga (masalah kaki) kesemua menarik diri dari sebarang perlawanan minggu lepas.

Halep berkata sebelum pertembungannya dengan pemain ke-34 Garcia dia dalam keadaan cergas namun terpaksa mengambil masa perubatan selepas pemain Perancis itu mengambil set kedua.

Halep, walaupun terpaksa bermain sehingga set ketiga, memenangi lima permainan berturut-turut dan merekodkan kemenangan pertamanya tahun ini apabila pukulan bola Garcia tersangkut di jaring gelanggang.