Halep pencabar serius Wimbledon

Halep pencabar serius Wimbledon

BIRMINGHAM, United Kingdom, 17 Jun (AFP) – Simona Halep, yang mendedahkan dirinya sebagai pencabar Wimbledon yang serius tahun lepas, menggambarkan dirinya mungkin lebih berbahaya berbanding ketika ini selepas permulaan menarik dalam kempen gelanggang rumput.

Pilihan utama dari Romania itu memukul bola dengan baik seolah-olah dia dilahirkan dalam permukaan biasa sukan itu apabila mengatasi Naomi Broady, pemain wild card British 6-4, 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga pemanasan Wimbledon.

Kemahiran pukulan mati Halep begitu kencang memandangkan dia jarang bersaing di permukaan ini dan merampas servis dengan masa sempurna untuk mencatatkan kedudukan 5-4 bagi set pertama dan menguasai set kedua.

“Saya rasa saya boleh menyatakan bahawa saya suka dengan gaya beraksi di gelanggang rumput kerana gaya saya adalah untuk beraksi dengan pantas. Saya terus dalam kedudukan rendah kerana saya tidak begitu tinggi. Jadi ia membantu saya untuk kekal di sana dan untuk mendapatkan bola dengan pantas,” katanya.

Simona Halep meraikan kemenangan selepas membenam Naomi Broady di WTA Aegon Classic di Edgbaston Priory Club, Birmingham, semalam. – AFP
Simona Halep meraikan kemenangan selepas membenam Naomi Broady di WTA Aegon Classic di Edgbaston Priory Club, Birmingham, semalam. – AFP

“Saya melakukan servis dengan baik hari ini. Saya banyak memperbaiki servis saya. Sekarang saya perlu banyak memperbaiki pukulan balas. Saya kembali dengan bagus hari ini, tetapi masih perlu memperbaiki. Jadi saya rasa akan beraksi dengan baik di atas gelanggang rumput dan ia sesuai dengan gaya saya.”

Halep seterusnya akan menentang sama ada pilihan ke-16 Caroline Garcia dari Sepanyol atau pemain kelayakan dari Czech Klara Koukalova dan jika dia menang sekali lagi mungkin akan mendapatkan peluang membalas dendam pada suku akhir menentang warga Kanada Eugenie Bouchard yang menafikan tempatnya dalam Wimbledon tahun lepas.

Sebelum ini, bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka berkata dia masih mengimpikan untuk memenangi Wimbledon, biarpun mendedahkan sebahagian kekecewaan dan ketidakpastian yang dialaminya dalam beberapa tahun ketika pertandingan pembukaan naik dan turun.

ARTIKEL YANG SAMA