Halep tundukkan Jankovic

Halep tundukkan Jankovic

TORONTO, Kanada, 13 Ogos – Pilihan kedua, Simona Halep menguasai kesemua 10 servis permainannya untuk mencatatkan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas bekas pemain nombor satu dunia Jelena Jankovic dalam Jelajah WTA Piala Rogers semalam.

Halep yang beraksi buat kali pertama sejak Wimbledon bulan lalu, bekerja keras untuk mematahkan tiga mata break dan memenangi 80 peratus daripada mata servis pertamanya dalam masa 81 minit persaingan pusingan kedua.

“Servis saya begitu bagus hari ini,” kata Halep. “Saya cuba untuk menjadi agresif dan mendapatkan bola secepat mungkin, kerana saya tahu dia memiliki pertahanan yang bagus. Dan saya cuba untuk mengekalkan servis pertama saya kerana dia membuat pukulan yang bagus. Dan saya cuba untuk membuat pukulan forehand lebih banyak, kerana dia memiliki backhand yang kencang.

Halep dari Romania mara ke pusingan ketiga di mana dia akan menghadapi pilihan ke-13 Angelique Kerber yang menewaskan Monica Puig dari Puerto Rico dengan mudah 6-2, 6-3.

Kemenangan Halep ke atas Jankovic berbeza berbanding lima pertandingan sebelumnya. Mereka beraksi lama dengan tiga set awal tahun ini di Indian Wells yang membantu Halep mencatatkan kemenangan 2-6, 7-5, 6-4.

Simona Halep mengembalikan pukulan semasa menentang Jelena Jankovic dalam Jelajah WTA Piala Rogers semalam. – AFP
Simona Halep mengembalikan pukulan semasa menentang Jelena Jankovic dalam Jelajah WTA Piala Rogers semalam. – AFP

“Saya gembira dapat menang dalam dua set. Saya selalu beraksi sekitar tiga jam bersamanya dan selalu mengalami persaingan sengit. Saya mempunyai break yang lama di tempat sendiri. Jadi adalah sukar untuk datang ke sini dan terus menentang salah seorang pemain kuat dunia, tetapi saya melakukan segalanya untuk menang,” kata Halep.

Pemenang Terbuka Australia dua kali, Victoria Azarena menewaskan pilihan ketiga Petra Kvitova 6-2, 6-3 untuk mara ke pusingan ketiga. Azarenka, 26, memenangi 64 peratus daripada mata servis keduanya berbanding hanya 35 peratus bagi Kvitova dalam masa 88 minit. Pilihan keempat, Caroline Wozniacki dari Denmark dan finalis Wimbledon, Garbine Muguruza juga tersingkir dalam pertandingan itu. – AFP