‘Halfwo...

‘Halfworlds’ musim kedua tampil pelakon dari empat negara

PETALING JAYA – Drama bersiri Halfworlds musim kedua bakal menemui penonton secara serentak di seluruh Asia di saluran HBO pada 22 Januari ini.

HBO dalam satu kenyataan berkata, untuk musim terbaru itu penonton akan disajikan dengan dua episod serentak dan menjanjikan ia penuh dengan aksi mendebarkan.

Halfworlds musim kedua bakal ditayangkan sebanyak lapan episod pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran HBO 411 dan HBO HD 431.

Siri terbaru itu diarahkan oleh pengarah terkenal dari Thailand, Ekachai Uekrongtham yang terkenal menerusi karya seperti Beautiful Boxer dan Skin Trade.

Ia juga bakal menampilkan barisan pelakon daripada empat negara iaitu Thailand, Indonesia, Filipina dan Taiwan termasuk Reza Rahadian (Habibie & Ainun) dan Arifin Putra (The Raid 2) kembali membawa watak mereka sebagai Tony dan Barata.

Halfworlds musim kedua menjanjikan aksi lebih menarik.
Halfworlds musim kedua menjanjikan aksi lebih menarik.

Muka baru yang mewarnai Halfworlds musim kedua adalah Peem Jaiyen (Hormones 3), Tia Tavee (Asia’s Next Top Model 2), Emma Grant (The Idol Game), Myra Molloy (Thailand’s Got Talent) dan Nicole Theriault (Phobia 2).

Manakala Jeeja Yanin (Chocolate), David Asavanond (The Last Executioner), Charlie Ruedpokanon (Only God Forgives), Jake Macapagal (Metro Manila) dan Teresa Daley (Transformers: Age of Extinction) yang telah juga membintangi dalam siri mini HBO Asia, Grace.

Halfworlds musim kedua mengisahkan mengenai seorang penyelidik bernama Juliet cuba mendedahkan kejahatan syaitan yang berada di sekeliling manusia.

ARTIKEL YANG SAMA