Halilhodzic banyak alasan

Halilhodzic banyak alasan

TOKYO, 11 Ogos – Kegagalan mengaibkan Jepun pada Piala Asia Timur mencetus kritikan teruk dalam kalangan media tempatan semalam dengan sesetengahnya mengutuk jurulatih Vahid Halilhodzic kerana banyak memberi alasan.

Gambar jurulatih Perancis-Bosnia itu terbongkok-bongkok, mengetuk botol air ke kepalanya kerana kecewa terpampang di beberapa muka surat sukan, termasuk di muka belakang akhbar harian Nikkan Sports di bawah tajuk “Paling buruk.”

Jepun tidak pernah berakhir di tangga tercorot pada kejohanan empat pasukan itu sejak ia dimulakan pada 2003, namun selepas dikejutkan Korea Utara 2-1 pada perlawanan pembukaan, cabaran mereka berakhir di Wuhan, China.

Halilhodzic, yang mengambil alih hanya lima bulan lalu, berdepan kecaman selepas Jepun gagal bangkit dan hanya mampu seri 1-1 dengan juara sebenar Korea Selatan dan tuan rumah China.

Vahid Halilhodzic (kiri) menyaksikan pasukannya menentang Korea Selatan dalam kejohanan Piala Asia Timur di Wuhan 5 Ogos lalu. – AFP
Vahid Halilhodzic (kiri) menyaksikan pasukannya menentang Korea Selatan dalam kejohanan Piala Asia Timur di Wuhan 5 Ogos lalu. – AFP

“Saya berang apabila media menyatakan saya hanya mencari alasan,” kata Halilhodzic, yang menamatkan aksi Piala Asia Timur masih memburu kemenangan pertama dalam empat perlawanan kompetitif.

“Mereka turut seri dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. Memang memalukan, tapi saya perlu menerima hakikat ini.” – AFP