Halima Aden mencipta satu sejarah di Amerika Syarikat

Halima Aden mencipta satu sejarah di Amerika Syarikat

MINNESOTA – Dikenali sebagai Halima Aden, beliau merupakan remaja Amerika Syarikat yang berasal dari Somali dan telah menetap lama di Amerika Syarikat sejak kecil lagi.

Halima mungkin seorang yang sederhana apatah lagi dalam dunia peragaan namun beliau tidak merasa malu dan gentar. Beliau berani mengenakan pakaian labuh menutup seluruh badan yang dikenali sebagai Burkini dan mengenakan hijab serta dipadankan dengan baju gaun yang menarik bertanding bagi merebut gelaran Miss Minnesota USA pada 26 November yang lalu.

“Berkemungkinan besar orang ramai akan memandang rendah akan keadaan diri saya kerana tidak memperlihatkan struktur badan yang ditutup disebabkan mereka tidak terbiasa dengan keadaan itu namun saya dibesarkan dengan budaya ini dan cuba menjelaskan kepada orang ramai bahawa berilah peluang kepada individu seperti saya untuk melontarkan sesuatu dan tidak memandang apa pun bentuk pakaian saya,” kata Aden yang dilahirkan di kawasan kem pelarian Kenya satu ketika dahulu ketika ditemu ramah oleh Minneapolis baru-baru ini.

“Kecantikan beliau tersembunyi namun mampu membuka banyak mata terutama sekali dalam pertandingan itu malah Aden menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada orang ramai semasa beliau berjalan di atas pentas memperagakan pakaian burkini dan berhijab. Kecantikan beliau terserlah dengan mengenakan pakaian itu, apatah lagi hijab yang berwarna keemasan,” kata Liz Sawyer, wartawan dari Star Tribune kepada sidang media.

Kelihatan Halima Aden sangat yakin dengan mengenakan burkini dan berhijab warna keemasan ketika berjalan di atas pentas Miss Minnesota USA baru-baru ini.
Kelihatan Halima Aden sangat yakin dengan mengenakan burkini dan berhijab warna keemasan ketika berjalan di atas pentas Miss Minnesota USA baru-baru ini.
Halima dilahirkan di kawasan perkhemahan pelarian Kenya dan membesar di Amerika Syarikat bersama dengan keluarga beliau. Beliau sangat fasih berbahasa Inggeris dan suka mata pelajaran Sejarah.
Halima dilahirkan di kawasan perkhemahan pelarian Kenya dan membesar di Amerika Syarikat bersama dengan keluarga beliau. Beliau sangat fasih berbahasa Inggeris dan suka mata pelajaran Sejarah.

Memecahkan stereotaip terhadap wanita Muslim

Manakala ketika berjalan dalam pakaian gaun mewah, Halima Aden yang datang dari wilayah St.Cloud State kelihatan sangat segar dan anggun mengenakan gaun hitam dan kain bercorak bunga ros berwarna merah. Halima kelihatan sangat cantik dan anggun ketika perarakan itu dijalankan. “Saya berada di sini adalah untuk memecahkan konsep dan pandangan serta stereotaip orang ramai terhadap wanita-wanita Muslim yang dipandang rendah dan saya di sini juga mewakili mereka untuk terus bangkit dan jadi diri anda selaku Muslim di Amerika Syarikat,” tambah Halima kepada sidang media.

Walaupun Halima Aden tidak membawa balik mahkota dan gelaran Miss Minnesota USA 2016 namun beliau telah berjaya mendapat tempat di tangga 15 teratas. Bagi beliau, untuk ikut serta dalam pertandingan itu sudah cukup besar bagi dirinya kerana beliau telah mencipta satu sejarah di dalam dunia kecantikan di Amerika Syarikat. Halima Aden telah menerima pelbagai respons yang positif daripada orang ramai terutama sekali komuniti Muslim di negara itu. “Saya amat berbangga ikut serta dalam pertandingan ini, saya sarankan saudara-saudara saya untuk ikut serta, walaupun tidak menang, tidak mustahil satu hari nanti, kita menang dan jangan biarkan perkara negatif menghantui perjalanan anda untuk mengecapi keinginan diri mu,” tambah Halima mengakhiri temu ramah. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA