Halimah bakal presiden wanita pertama Singapura

SINGAPURA, 11 Sept – Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob, bakal menjadi presiden wanita pertama republik itu lebih 47 tahun selepas calon lain didapati tidak layak bertanding, lapor akhbar Straits Times hari ini.

Jawatan itu diperuntukkan tahun ini untuk calon daripada etnik minoriti Melayu.

Cuma Halimah diberi sijil kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden, lapor akhbar berkenaan di laman webnya.

Dua calon lain iaitu Farid Khan, 62, dan Salleh Marican, 67, didapati tidak layak.

Halimah Yacob bakal menjadi presiden wanita pertama Singapura selepas calon lain didapati tidak layak bertanding. – AP