Halldorsson cukup teruja

Halldorsson cukup teruja

SAINT-ETIENNE, 15 Jun (AFP) – Penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson seakan dibuai mimpi indah selepas berjaya menghalang Cristiano Ronaldo daripada merakam sejarah tatkala pasukan kerdil dari kepulauan Atlantik itu mengikat Portugal 1-1 dalam penampilan pertama mereka di Euro 2016.

Penyerang sensasi Real Madrid itu mempunyai 10 percubaan ke arah gol di Saint Eteinne tetapi gagal muncul selaku lelaki pertama menjaringkan gol di empat edisi Kejohanan Eropah selepas dikecewakan oleh kekentalan pertahanan Iceland dan persembahan cemerlang Halldorsson.

“Saya berasa sangat hebat, kami menunjukkan karakter yang betul dengan menyambar satu mata,” kata Halldorsson yang bekerja keras sepanjang perlawanan dengan Portugal membuat 24 percubaan tepat ke arah gol, manakala Iceland menyempurnakan satu daripada empat percubaan.

“Kami menentang sebuah pasukan yang bagus dan pemain terbaik di dunia. Tempoh 35 minit terakhir rasa begitu panjang selepas kami kembali menyamakan kedudukan.”

Penjaga gawang Iceland Hannes Thor Halldorsson menyelamatkan gawangnya dalam pertemuan menentang Portugal kelmarin. – AF
Penjaga gawang Iceland Hannes Thor Halldorsson menyelamatkan gawangnya dalam pertemuan menentang Portugal kelmarin. – AF

UEFA-Euro-2016-Logo

Ronaldo, 35, turut menyamai rekod penampilan terbanyak Luis Figo dengan kedua-dua legenda Portugal itu kini mengumpul 127 kap antarabangsa.

Pasukan pilihan Kumpulan F, Portugal kini di bawah tekanan dalam menghadapi perlawanan kedua menentang Austria yang sebelum itu tewas 2-0 kepada Hungary dalam satu lagi pertemuan kumpulan di Bordeaux.

Tetapi kejayaan menafikan setiap percubaan Ronaldo sebagai mimpi menjadi kenyataan untuk penjaga gol Iceland itu yang kini beraksi di Norway buat kelab Bodo/Glimt.

Penyudah sempurna Nani meletakkan Portugal di depan sebelum Iceland menyamakan kedudukan menerusi perancang tengah Birkir Bjarnason di Saint Etienne.

ARTIKEL YANG SAMA