Haluan sukar bagi kereta elektrik

Haluan sukar bagi kereta elektrik

HONG KONG, 26 Jan – Pengeluar kereta elektrik akan membina kenderaan futuristik untuk menarik pembeli dalam usaha untuk keluar dari cabaran kejatuhan harga minyak, kata pengasas Tesla Elon Musk, hari ini.

Pembuat kereta mewah elektrik Amerika Syarikat, ditubuhkan pada tahun 2003, mula dikenali apabila harga minyak meningkat dan menjadikan Tesla sebagai kenderaan tenaga alternatif yang menarik.

Kini industri yang masih baru itu dalam tekanan, kata Musk. Tesla sendiri menyaksikan saham yang jatuh pada awal bulan ini selepas dilaporkan jumlah penghantaran adalah dibawah ramalan bagi suku keempat 2015.

“Ia pasti membuat peralihan yang sukar kepada tenaga yang bersih dan hijau,” Musk, 44, berkata ketika ditanya pada sidang perniagaan di Hong Kong mengenai kesan harga minyak yang jatuh mendadak.

Tesla sedang mengkaji untuk mengambil 1,600 jurutera perisian untuk membantu membangunkan ‘Autopilot’, kereta autonomi bersistem IT bertujuan untuk mempunyai kereta pandu sendiri sepenuhnya menjelang 2018.

Elon Musk bercakap semasa StartmeupHK Venture Forum di Hong Kong. – AFP
Elon Musk bercakap semasa StartmeupHK Venture Forum di Hong Kong. – AFP

Sistem ini mempunyai keupayaan seperti fungsi ‘Arahan’ supaya pemandu boleh memanggil kereta mereka dari garaj bila-bila masa sahaja, seperti haiwan kesayangan.

Syarikat itu telah mengambil pesanan untuk Model X yang baru, yang akan dikeluarkan pada tahun ini, yang menawarkan beberapa kemudahan pandu sendiri dan Kembali Kepada gaya Masa Depan, pintu ‘sayap helang’.

Beliau meramalkan semua kereta akan menjadi autonomi dalam tempoh 15 tahun akan datang dengan stereng roda hanya dengan memori apabila sistem autopilot mengambil alih.

Musk berkata kereta Tesla baru itu akan mempunyai tanda harga lebih murah, kereta sedan Model Tiga dirancang untuk 2017 dalam kos kira-kira AS$ 35,000 separuh daripada kos Teslas lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA