Halusi bacaan Al-Quran dengan bertajwid

Halusi bacaan Al-Quran dengan bertajwid

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Mac – Seramai 30 orang Muslimah dari Masjid Kampung Danau telah menyertai Bengkel Kongsi Sama Hukum Tajwid bertajuk ‘Permasalahan Hukum-hukum Tajwid dalam resam Uthmani’ yang berlangsung di masjid berkenaan, pagi tadi.

Bengkel telah dikendalikan oleh penerima Anugerah Guru Cemerlang Mata Pelajaran Tajwid bersempena Sambutan Hari Guru Tahun 2012, Hajah Siti Sara binti Haji Mohammad, yang merupakan salah seorang guru di Sekolah Ugama Batalion ke-2, Tutong Kem. Dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid Kampung Danau, bengkel berkenaan bertujuan untuk memberikan ilmu mengenai permasalahan hukum-hukum Tajwid dalam resam Uthmani.

Selain itu, ia diharap dapat memberikan ilmu kepada Muslimah untuk mengenali cara bacaan Al-Quran dalam resam Uthmani daripada segi tanda-tanda Mad, Ikhfa, Idzhar, Hukum Mim dan sebagainya, mengenal perbezaan resam Uthmani dan kaedah yang lama, di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama muslimah.

Sebahagian muslimah masjid yang menyertai Bengkel Kongsi Sama Hukum Tajwid di Masjid Kampung Danau.
Sebahagian muslimah masjid yang menyertai Bengkel Kongsi Sama Hukum Tajwid di Masjid Kampung Danau.

ARTIKEL YANG SAMA