Hama, Latakia, Idlib jadi sasaran serangan Syria

Hama, Latakia, Idlib jadi sasaran serangan Syria

BEIRUT, 11 Okt – Tentera Syria menyerang pemberontak di wilayah Hama dan Latakia semalam tatkala AS dan Rusia mengisytiharkan “perkembangan” dalam rundingan bertujuan mengelak kemalangan di ruang udara yang semakin sesak di Syria.

Pentagon berkata lebih banyak rundingan dengan Moscow dirancangkan selepas perbincangan positif semalam bertujuan mengelak kesilapan tentera, satu keputusan yang disahkan oleh kementerian pertahanan Rusia, yang menggambarkan rundingan setakat ini sebagai ‘bersifat profesional dan positif’.

Kerajaan Barat mendakwa kebanyakan serangan Rusia telah mensasarkan kumpulan pemberontak selain daripada Islamic State (IS) dengan tumpuan kempen udara mereka sendiri dalam satu percubaan untuk mempertahan pemerintahan Presiden basher al-Assad.

Di Hama, dengan bantuan udara Rusia dan militia di darat, tentera rejim menawan beberapa kawasan. Tentera Assad merampas kampung Atshun daripada pejuang pembangkang, termasuk sekutu al-Qaeda Barisan Al-Nusra, kata televisyen negeri dan Pengawasan Hak Asasi Manusia Syria, dengan pertempuran sengit dilaporkan ketika mereka berusaha mara ke kawasan barat laut dan menawan kemuncak gunung berhampiran.

Mereka nampaknya mensasarkan bandar Khan Sheikhun, di sempadan wilayah di Idlib di sebatang lebuh raya yang menghubungkan Aleppo dan Damsyik.

Jalan raya tersebut diputuskan oleh pemberontak di beberapa tempat di utara Khan Sheikhun, dan sumber tentera berkata mereka telah menakluki bukit Sukayk yang berhadapan dengan jalan raya.

Wilayah Hama telah menjadi sasaran utama serangan udara Rusia yang bermula pada 30 September, bersama dengan sebahagian wilayah berhampiran Latakia dan Idlib. – AFP