Hamas desak Mesir longgar sekatan Gaza

Hamas desak Mesir longgar sekatan Gaza

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin, 16 Mac (AFP) – Hamas mendesak Mesir untuk melonggarkan penyekatan ke atas Semenanjung Gaza kelmarin, kata delegasi, selepas para pegawai dari kumpulan Islamis berkunjung ke Kaherah untuk berusaha memperbaiki hubungan tegang.

Pegawai Kanan Khalil al-Haya mengatakan Hamas telah meminta Mesir untuk membenarkan lebih banyak lalu lintas melalui sempadan Rafa menyeberangi Semenanjung Gaza, tempat satu-satu transit enklaf bukan dikawal oleh Israel.

Mesir sebahagian besarnya menutup sempadannya dengan Gaza sejak 2013 dan telah memusnahkan ratusan terowong Palestin yang digunakan untuk menyeludup barangan komersial, wang tunai, orang dan juga dipercayai senjata.

Kementerian dalam negeri Hamas mengatakan 2015 adalah ‘tahun paling teruk bagi Rafah dalam beberapa tahun kebelakangan’, apabila sempadan penyeberangan hanya dibuka dalam masa 21 hari sahaja.

Hubungan semakin suram antara Hamas dan Kaherah sejak penggulingan Presiden Mesir Mohamed Morsi pada 2013, anggota penggerakan Muslim Brotherhood yang kini disenaraihitamkan.

Bekas ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi, yang menggulingkan Morsi, sejak itu telah melancarkan tindakan keras ke atas kumpulan Islamis yang telah mengakibatkan ratusan orang maut dan beribu-ribu lagi dipenjarakan.

ARTIKEL YANG SAMA