Hamas sedia tempur Israel

Hamas sedia tempur Israel

GAZA, Palestin, 1 Feb – Seorang jurucakap sayap bersenjata gerakan Hamas Islam, al-Qassam berkata semalam bahawa kumpulannya akan meneruskan persiapan dan menambah kekuatan bagi sebarang pertempuran akan datang dengan Israel.

Kenyataan Abu Obeida dibuat dalam perhimpunan yang diadakan di Gaz, untuk menghormati tujuh militan Hamas, yang ditemui pada Khamis lalu di bawah terowong bawah tanah tentera yang runtuh malam Selasa lalu, di bahagian utara-timur Bandar Gaza.

“Penentangan bersenjata Palestin berhak untuk bersiap sedia dan menambah kekuatannya, dalam persiapan bagi sebarang peperangan akan datang dengan pihak pendudukan, iaitu Israel,” jurucakap bertopeng, Abu Obeida memberitahu perhimpunan itu. Dia terus berkata bahawa keputusan bagi persiapan dan menambah kekuatan tentera, adalah keputusan ketat strategik yang tidak boleh dikesali di bawah sebarang keadaan.

Dia menyampaikan kata-katanya kepada beribu-ribu orang penyokong Hamas, yang mengibarkan bendera hijau dan melaungkan slogan dalam menyokong sayap bersenjata gerakan itu dan menambah kata, “adalah hak kita untuk cukup bersiap sedia bagi masa depan, tetapi bukan kerana kita mahu berjuang kini.”

“Kematian tujuh orang saudara kami akibat kemalangan itu tidak akan mematahkan keazaman kami untuk meneruskan perjuangan persiapan dan bersiap sedia untuk mempertahankan orang kami dan tapak suci kami,” kata Abu Obeida lagi.

Pejuang Hamas bersedia bagi sebarang ancaman daripada pihak Israel. – Reuters
Pejuang Hamas bersedia bagi sebarang ancaman daripada pihak Israel. – Reuters

Sementara itu, pemimpin kanan Hamas, Kahlil al-Hayya memberitahu perhimpunan itu bahawa terowong itu, yang mana tujuh orang militan terbunuh di situ minggu lalu, adalah terowong sama ketika perang Israel ke atas Gaza pada tahun 2014, militan-militan Hamas menculik tentera Israel, Shaul Oran.

Ketika serangan besar-besaran ketenteraan Israel, di Semenanjung Gaza, pada musim panas 2015, Hamas mengumumkan pejuangnya telah menawan seorang tentera Israel dan menyimpan satu lagi mayat tentera Israel. – Agensi