Hamas tolak keputusan rombak Kabinet

Hamas tolak keputusan rombak Kabinet

GAZA, Palestin, 2 Julai (Agensi) – Pergerakan Islam Hamas semalam menolak keputusan Presiden Mahmoud Abbas untuk merombak kerajaan konsesi pimpinan Prdana Menteri Rami Hamdallah.

Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Gaza, berkata dalam kenyataan melalui e-mel bahawa, “kerajaan dibentuk menurut persetujuan pakatan politik dan sebarang keputusan sebelah pihak berkaitan perkara ini setentunyalah ditolak.”

Beliau menekankan bahawa pergerakannya menganggap keputusan Abbas untuk merombak kerajaan konsesi sebagai “tindakan melanggar perjanjian penyatuan yang menjurus kepada pembentukan kerajaan konsesi.”

Pada semalam Selasa lepas, Abbas memaklumkan mesyuarat jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang berlangsung di Ramallah, bahawa beliau sudah mengarahkan Hamdallah supaya membuat sedikit rombakan ke atas kerajaan konsesi.

Anggota jawatankuasa eksekutif PLO, Ahmed Majdalani, memberitahu Xinhua bahawa, rombakan itu akan termasuk memperluaskan konsesi kerajaan sekarang dan menambah empat sehingga lima portfolio baru Kabinet.