Hamburg rasmi bida hos Olimpik 2024

Hamburg rasmi bida hos Olimpik 2024

HAMBURG, 10 Sept – Hamburg semalam secara rasmi mengemukakan bidaannya untuk menghoskan Sukan Olimpik 2024. Surat kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ditandatangani oleh Presiden Pertubuhan Sukan Olimpik Jerman (DOSB) Alfons Hoermann dan Datuk Bandar Hamburg, Olaf Scholz.

“Ini adalah pencalonan bagi Jerman. Kami di Hamburg membawa obor tetapi ia adalah pesata bagi keseluruhan Jerman,” kata Scholz. Hoermann berkata: “Kami menjemput keluarga sukan antarabangsa untuk mengenali lebih dekat negara kami yang penuh dengan kepelbagaian.”

Berikutan penandatanganan itu, surat kepada IOC diletakkan oleh jurucakap atlet Jerman Claudio Bokel ke dalam peti surat yang dipasang khas di kawasan pelabuhan Hamburg selepas dibawa secara berganti-ganti oleh tujuh atlet yang masih aktif dan bekas atlet.

“Ini adalah saat-saat yang sentiasa bergerak. Terutama sekarang apabila kita melihat ramai orang berkunjung ke Jerman dab Sukan Olimpik adalah isyarat ke landasan yang betul,” kata Scholz, merujuk kepada usaha negara itu untuk menempatkan kumpulan penghijrah. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA