Hamidun juarai BPL 2016

Hamidun juarai BPL 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Hamidun bin Haji Abdul Hamid berjaya menjuarai Liga Petanque Brunei Darussalam (BPL) 2016 selepas meraih 16 mata menewaskan Wirna bin Haji Mohamad Yassin 13 – 22. Wirna yang meraih 15 mata kali ini menebus kekelahan pada pusingan bulan Ogos 2016 yang bakal diadakan sedikit masa lagi.

Mazlan bin Haji Yahya mendapat tempat ketiga dengan 14 mata, manakala Khairul Bariyah bin Khairul Anuar di tempat keempat dengan 13 mata.

Hadir menyampaikan hadiah ialah Pemangku Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam, Haji Abdul Karim bin Haji Ahmad. Hamidun telah menerima jersi kuning sebagai pemenang  bagi bulan Julai 2016 beserta hadiah plak pemenang.

Haji Abdul Karim bergambar rambai bersama pemenang BPL 2106. – Gambar Persatuan Petanque Brunei Darussalam.
Haji Abdul Karim bergambar rambai bersama pemenang BPL 2106. – Gambar Persatuan Petanque Brunei Darussalam.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung Persekutuan Petanque Brunei Darussalam, Haji Rosmin bin Haji Mohd Hassan mewakili presiden dan persatuan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan kali ini.

Beliau menambah orang ramai yang berminat bolehlah mendaftar bagi menyertai kejohanan yang akan diadakan pada bulan Ogos sehingga Disember 2016 nanti.