Hamilton, Alonso anggap F1 ‘rosak’

Hamilton, Alonso anggap F1 ‘rosak’

LONDON, 4 Mac (Reuters) – Lewis Hamilton dan Fernando Alonso, dua pemandu yang mengumpul gelaran dunia lima kali, menggambarkan Formula Satu (F1) sebagai sukan yang ‘rosak’ dengan dibebani peraturan yang terlalu rumit dan tidak pasti arah tujuan perlumbaan itu.

Hamilton, yang memburu gelaran ketiga berturut-turut dengan Mercedes pada musim ini dan juga kali keempat dalam kariernya, ditanya ketika ujian pra musim sama ada dia merasakan sukan itu rosak, kurang hala tuju atau persaingan sihat.

“Saya mungkin katakan yang dua pertama,” katanya dalam sidang media.

“Saya tidak mahu berkata terlalu banyak mengenainya tetapi saya setuju yang dua pertama itu.”

Dengan perlumbaan pembukaan kejohanan tahun ini bermula di Australia dalam masa dua minggu lagi, sukan itu masih belum memutuskan apakah format kelayakan pada musim ini dan bila format baharu itu akan diperkenalkan.

Hamilton dan Fernando menganggap Formula Satu sebagai sukan yang ‘rosak’ dengan dibebani peraturan yang terlalu rumit dan tidak pasti arah tujuan perlumbaan itu. – Reuters
Hamilton dan Fernando menganggap Formula Satu sebagai sukan yang ‘rosak’ dengan dibebani peraturan yang terlalu rumit dan tidak pasti arah tujuan perlumbaan itu. – Reuters

Perubahan itu diumumkan minggu lalu tetapi supremo Bernie Ecclestone berkata, perisian yang diperlukan tidak dapat disiapkan dalam perlumbaan di Melbourne.

Pengurus pasukan bersetuju perubahan dilakukan, dengan sistem kalah mati bagi dua fasa pertama tetapi kemudian mengubahnya ke format lama.

Bagaimanapun ia belum dipersetujui Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). “Ia semuanya baik, ia juga okay. Mengapa perlu merumitkan orang ramai,” kata Hamilton mengenai cadangan mengubah format kelayakan baru.

Kepastian mengenai peraturan juga masih tidak pasti dengan percubaan untuk mencapai persetujuan perjanjian pada 2017 apabila jentera dikatakan sepatutnya lebih laju, lebih agresif dan sukar dikawal, dengan kini masih dalam peringkat perbincangan lanjut.