Hamilton azam tawan Catalunya

Hamilton azam tawan Catalunya

BARCELONA, 7 Mei (AFP) – Juara bertahan dunia, Lewis Hamilton berusaha untuk melebarkan pendahuluannya kepada 27 mata dalam persaingan merebut gelaran tahun ini dengan satu lagi kejayaan untuk Mercedes di Grand Prix Sepanyol hujung minggu ini.

Selepas tiga kemenangan dalam empat perlumbaan, pemandu dari Britain itu mempertahankan mahkotanya dengan bergaya sehingga menimbulkan kekaguman kepada pesaingnya dan pemerhati.

Awal minggu ini pengarah sukan Mercedes yang juga juara tiga kali, Niki Lauda berkata dia merasakan pemandu Inggeris itu memandu seperti seseorang ‘dari planet lain’.

Ia mungkin bagaimana rakan sepasukan dan wira tempatan Fernando Alonso merasakan dia kembali untuk bersaing di tempat sendiri memburu kemenangan perlumbaan pertamanya dalam tempoh dua tahun selepas meninggalkan Ferrari untuk bersama pasukan McLaren yang dikuasakan Honda.

Ketika rakan sepasukan Hamilton dari Mercedes dan pesaing kejuaraan, Nico Rosberg berusaha untuk mengatasi pendahulu dengan mesin yang sama, Alonso berada dalam keadaan sukar.

Hamilton memegang trofi selepas memenangi GP Bahrain 19 April lalu. – Reuters
Hamilton memegang trofi selepas memenangi GP Bahrain 19 April lalu. – Reuters

Dia berharap mendapatkan mata di belakang Ferrari, Williams dan pasukan lain ketika penggantinya berada dalam scuderia, juara empat kali Sebastian Vettel memburu kemenangan keduanya tahun ini.

Rosberg berharap dia boleh menterjemahkan kelajuannya dari ujian pra musim di Litar Catalunya menjadi kemenangan buat kali pertama sejak Grand Prix Brazil tahun lepas dan menghalang kejayaan Hamilton berturut-turut.

Ketua pasukan Mercdes, Toto Wolff tidak meragui Rosberg boleh memberikan cabaran serius, biarpun dilihat tewas dalam empat sesi kelayakan dan perlumbaan tahun ini.

“Jika anda melihat persembahan mereka dalam kelayakan di China, terdapat hanya empat saat perbezaan di antara mereka,” kata Wolff.