Hamilton bakal beri kejutan di GP Sepanyol

Hamilton bakal beri kejutan di GP Sepanyol

BARCELONA, 12 Mei (AFP) – Di sebalik permulaan perlahan, Lewis Hamilton diyakini mampu bangkit daripada kedudukan kedua dalam carta pendahulu untuk menyambar gelaran dunia keempat pada tahun ini, bermula dengan perlumbaan di Grand Prix (GP) Sepanyol hujung minggu ini.

Pandangan itu disuarakan rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg, yang kini di depannya 34 mata selepas empat perlumbaan, dengan pasukan juara itu sendiri turut bertekad melupakan permulaan bermasalah Hamilton sepanjang musim ini.

“Kami merasai untuk Lewis kerana kami membiarkan dia kecewa, dari segi persaingan dengan Nico,” kata ketua teknikal Mercedes Paddy Lowe.

“Tetapi saya pasti kami dapat mengharunginya dan saya fikir Lewis juga sama. Ia masih awal musim. Kami hanya mengambil perlumbaan ini satu demi satu dan berusaha memberikan yang terbaik, namun kami tetap merasai untuk Lewis.

“Apa yang lucunya, pada 2014, kami tidak menghadapi masalah enjin yang banyak, segala-galanya berjalan lancar buat kami.

ARTIKEL YANG SAMA