Hamilton berikrar berikan segalanya

Hamilton berikrar berikan segalanya

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Lewis Hamilton berkata dia akan memberikan segala-galanya hujung minggu ini di Grand Prix Malaysia yang mana menyasarkan untuk memberikan saingan sengit di kejohanan Formula Satu selepas memberikan pendahuluannya kepada rakan sepasukan Nico Rosberg.

Juara dunia tiga kali itu kini berada enam mata di belakang rakan sepasukannya dari Mercedez selepas pelumba berbakat itu memenangi hatrik dalam tiga perlumbaan lepas.

Pelumba Jerman itu cemerlang di Belgium, itali dan perlumbaan grand prix ke-200 di Singapura 10 hari lepas di mana Hamilton, yang memenangi di tempat ketiga, mengalami masalah teknikal.

Dengan hanya tinggal enam perlumbaan lagi, Hamilton tahu masa sudah singkat, musim 21 perlumbaan telah menunjukkan pelumba England itu mengejar sehingga 43 mata dalam satu peringkat dan mendahului 19 mata hanya pada tiga perlumbaan lepas.

Hamilton ketika berada pada sesi bersama peminat di Kuala Lumpur sebelum perlumbaan di litar Sepang hujung minggu ini. – AFP
Hamilton ketika berada pada sesi bersama peminat di Kuala Lumpur sebelum perlumbaan di litar Sepang hujung minggu ini. – AFP

“Singapura adalah hujung minggu sukar buat saya, jadi untuk meraih podium sudah cukup baik buat saya meskipun menghadapi masalah mekanikal,” ujar Hamilton minggu ini.

“Saya tidak tahu jika momentum akan kembali kepada saya atau bila ia akan berlaku. Saya hanya perlu memberikan segala-galanya dan berharap yang terbaik,” tambah Hamilton, juara dunia pada 2008, 2014 dan 2015.

Hamilton kemudian mengatakan, “Ia memerlukan keputusan yang begitu baik untuk kembali berada di depan dan mengekalkan kedudukan itu, saya sebelum ini telah melakukannya, tiada sebab untuk berfikir ia tidak akan berlaku lagi kepada saya” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA