Hamilton bimbang kekuatan Ferrari

Hamilton bimbang kekuatan Ferrari

MELBOURNE, 17 Mac (Reuters) – Jurang di antara Mercedes dan pasukan lainnya begitu dan Ferrari Sebastian Vettel mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar menjelang Grand Prix Australia musim pembukaan minggu ini, menurut juara Lewis Hamilton.

Mercedes menikmati ujian pra musim yang sempurna tetapi Ferrari juga menunjukkan laluan menarik untuk meningkatkan harapan mereka bagi menamatkan penguasaan Silver Arrow selepas dua musim.

“Saya rasa tahun ini keseluruhan pelumba begitu hampir. Saya rasa mereka mempunyai sesuatu pada hujung minggu ini,’ Hamilton memberitahu wartawan pada persidangan media pra perlumbaan di Albert Park hari ini.

“Saya rasa mereka mempunyai lebih banyak berbanding apa yang mereka bincangkan. Mereka tiba dengan kedudukan yang rendah, tetapi akan mempamerkan yang tinggi.”

Pemandu yang memenangi kejuaraan dunia empat kali dari Ferrari, Sebastian Vettel berkata dia percaya kereta baru Scuderia, akan mencabar Mercedes bagi merebut gelaran.

Aksi Hamilton ketika mengambil gambar untuk paparan potret bagi perlawanan Grand Prix Australia musim pembukaan minggu ini. – Reuters
Aksi Hamilton ketika mengambil gambar untuk paparan potret bagi perlawanan Grand Prix Australia musim pembukaan minggu ini. – Reuters

Kedua buah pasukan mendapatkan banyak pusingan di ujian Barcelona, dengan Mercedes menunjukkan diri mereka kereta yang boleh diharapkan dan Ferrari mencatatkan masa yang menggalakkan.

Kedudukan sebenar Mercedes masih lagi msiteri dengan pasukan tidak menumpukan ke atas catatan pusingan pantas ketika penamat musim.

Hamilton, berusaha bagi merebut gelaran keempat dunia, berkata dia mungkin berharap untuk melakukan lebih banyak pusingan persembahan di Circuit de Catalunya dan menggambarkan pasukan itu mengekalkan kedudukan mereka.

“Tetapi kami melakukan apa yang perlu kami lakukan dan saya rasa kami berada dalam ujian dengan tujuan mencapai 800km sehari,” katanya.