Hamilton juara F1 GP Rusia

Hamilton juara F1 GP Rusia

SOCHI, Russia, 11 Okt – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton merangkul kejuaraan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Rusia, di sini, hari ini.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Hamilton menghimpunkan 73 mata keseluruhan untuk terus mendahului senarai pelumba.

Pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Nico Rosberg tersingkir awal akibat masalah teknikal pada pusingan ketujuh.

Pelumba Ferrasi, Sebastian Vettel menduduki tangga kedua, manakala wakil Force India, Sergio Perez di tempat ketiga untuk melengkapkan podium di Litar Sochi.

Terdahulu pada sesi kelayakan, Rosberg menyambar petak pertama Grand Prix Rusia dengan mengatasi Hamilton dengan mencatat kelajuan satu minit 37.113 saat, lebih pantas 0.310 saat berbanding Hamilton yang menduduki tempat kedua.

Pemandu utama perlumbaan berdepan keadaan tidak menentu menjelang kelayakan selepas hujan melanda litar dan beberapa kemalangan termasuk membabitkan pemandu Toro Rosso, Carlos Sainz. – AFP

Aksi Lewis Hamilton (kiri) tatkala meraikan kejayaannya di atas podium bersama-sama Presiden Rusia, Vladimir Putin (dua dari kanan) di litar Sochi Autodrom petang tadi. – AFP
Aksi Lewis Hamilton (kiri) tatkala meraikan kejayaannya di atas podium bersama-sama Presiden Rusia, Vladimir Putin (dua dari kanan) di litar Sochi Autodrom petang tadi. – AFP