Hamilton juarai GP Austria

Hamilton juarai GP Austria

SPIELBERG, Austria, 4 Julai – Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton meraih kemenangan ke-46 beliau sepanjang kariernya dan menggandakan kemenangan itu di Grand Prix Austria selepas aksi dramatik di hujung perlumbaan yang menyaksikan dia berlanggar dengan rakan sepasukan, Nico Rosberg.

Hamilton yang bermula di petak utama mengasak Rosberg yang juga pendahulu kejohanan di Selekoh 2 apabila kedua-dua pemandu berlanggar.

Rosberg bertindak memaksa Hamilton keluar litar tetapi pemandu Britain itu kembali bersaing, dengan kedua-duanya berlanggar sekali lagi dan memecut untuk mencatat kemenangan.

Rosberg kini mempunyai 153 mata kepada Hamilton 142

“Saya berada di luar litar ketika insiden terbabit, jadi bukannya saya yang terbabas,” kata Hamilton yang kini ketinggalan 11 mata di belakang Rosberg.

Hamilton meraikan kejayaannya di podium selepas memenangi Formula Satu Grand Prix, di Ring Red Bull di trek perlumbaan, di Spielberg, Austria, semalam. - AP
Hamilton meraikan kejayaannya di podium selepas memenangi Formula Satu Grand Prix, di Ring Red Bull di trek perlumbaan, di Spielberg, Austria, semalam. – AP

Kereta Rosberg mengalami kerosakan di bahagian sayap dan tercicir di tangga keempat.

Rosberg selepas itu menyalahkan Hamilton yang membalas bahawa beliau memenanginya secara “adil dan saksama”, dan pelumba steward bersetuju dengan Hamilton selepas melihat rakaman itu dan berbincang dengan rakan sepasukannya.

Pemandu muda Belanda, Max Verstappen meraih podium kedua sepanjang kerjaya apabila meraih tempat ketiga untuk kem Red Bull mengatasi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen di tempat ketiga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA