Hamilton julang Grand Prix Belgium

Hamilton julang Grand Prix Belgium

BELGIUM, 23 Ogos (AFP) – Juara Dunia Lewis Hamilton melanjutkan pendahuluannya dalam kedudukan mata keseluruhan dengan kemenangan keenamnya dalam musim ini hari ini dengan memenangi kejohanan Grand Prix Belgium di litar Spa Francorchamps.

Pelumba berusia 30 tahun itu, yang mana kemenangan terakhirnya di Belgium pada 2010 dengan pasukan McLaren, menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan rakan sepasukannya Nico Rosberg di tempat kedua.

Pelumba Perancis Romain Grosjean meraih tempat ketiga bagi pasukan Lotus yang mana merupakan kali ke-10 dia menaiki podium namun kali pertama sejak Grand Prix Amerika Syarikat pada 2013.

Ferrari gagal memberikan saingan pada perlumbaan ke-900 mereka bersama Sebastian Vettel apabila peluang menaiki podiumnya terhapus apabila tayarnya meletup pada pusingan kedua terakhir.

Hamilton mendahului pada perlumbaan Grand Prix Belgium. – AFP
Hamilton mendahului pada perlumbaan Grand Prix Belgium. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA