Hamilton menang GP Hungary

Hamilton menang GP Hungary

BUDAPEST, Hungary, 25 Julai – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix (GP) Hungary untuk rekod lima kali, di sini, sebentar tadi seterusnya mendahului kejuaraan ke atas rakan sepasukan, Nico Rosberg yang berkedudukan kedua.

Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo ketiga, diikuti pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dan Max Verstappen dari Red Bull. Hamilton kini mengumpul lima kemenangan F1 musim ini seterusnya mengumpul 192 mata, dengan Rosberg 186 dan Ricciardo ketiga dengan 115.

Rosberg memenangi empat perlumbaan awal musim ini, manakala Hamilton menang lima daripada enam perlumbaan terakhir. Verstappen ialah pemandu tunggal bukan dari Mercedes untuk memenangi perlumbaan pada 2016. – AP

Pemandu Mercedes AMG, Hamilton melintasi garisan penamat untuk memenangi Formula Satu Grand Prix Hungary di Litar Hungaroring, Hungary, semalam. – AFP
Pemandu Mercedes AMG, Hamilton melintasi garisan penamat untuk memenangi Formula Satu Grand Prix Hungary di Litar Hungaroring, Hungary, semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA