Hamilton menang GP Kanada

Hamilton menang GP Kanada

MONTREAL, 8 Jun (AFP) – Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton bangkit untuk memecut mendahului rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg bagi memenangi Grand Prix Canada, awal pagi tadi.

Juara dunia dua kali itu yang bermula di petak permulaan pertama untuk kali ke-44 kariernya terus mendahului 70 pusingan sehingga ke garis penamat di litar Gilles Villeneuve, iaitu 2.2 terpantas daripada Rosberg dari Jerman.

Kemenangan di Kanada itu sekali gus menamatkan dua kemenangan berturut-turut Rosberg dan mengikis kekecewaan Hamilton selepas insiden pit-stop di Monaco, dua minggu lalu.

Ia adalah kemenangan Hamilton keempat di Kanada dan keempat menaiki podium pertama tahun ini. Kedudukan keseluruhan masih dikuasai Hamilton dengan kelebihan 17 mata daripada Rosberg iaitu 151 mata untuk Hamilton manakala Rosberg 134 mata.

“Adakah saya perlukan ini (selepas Monaco)? Ya, saya fikir saya melakukannya,” kata Hamilton. “Saya sayangkan Montreal, saya sayangkan trek ini dan bandaraya ini,” katanya.

Hamilton meraikan trofi kemenangan selepas berjaya menawan Litar Gilles Villeneuve Kanada. – Reuters
Hamilton meraikan trofi kemenangan selepas berjaya menawan Litar Gilles Villeneuve Kanada. – Reuters

Hamilton berjaya melupakan kekecewaan di Monaco, dua minggu lalu apabila meraih petak pertama pada Grand Prix Kanada buat kali keempat di Litar Gilles Villeneuve, Montreal semalam.

Ini adalah petak pertama keenam berjaya diraih penyandang juara Formula Satu dunia itu daripada tujuh perlumbaan musim ini.

Kejayaan itu meletakkan Hamilton selaku pilihan utama untuk memenangi perlumbaan sebenar hari ini.

Pemandu Britain itu sudahpun memenangi tiga perlumbaan musim ini dan keputusan terburuknya adalah menduduki tangga ketiga di Monaco, yang mana pasukannya melakukan kesilapan strategi.

ARTIKEL YANG SAMA