Hamilton menangi GP Kanada

Hamilton menangi GP Kanada

MONTREAL, 13 Jun (AFP) – Lewis Hamilton mengangkat tangannya selepas memenangi Formula Satu kali keduanya berturut-turut, dan kemudian menuju ke lorong kemenangan bagi menunjukkan sedikit kemahiran tinjunya.

“Terbang seperti rama-rama, serang seperti lebah,” dia memaklumkan kepada krunya. “Ia adalah bagi Muhammad Ali.”

Keluar daripada kedudukan kukuh, Hamilton menyerahkan pendahuluan ke atas pergerakan berani Sebastian Vettel pada awal perlumbaan, tetapi kemudian mendapakannya kembali pada pertengahan perlumbaan apabila pemandu dari Jerman itu menuju pit. Bagi 30 pusingan terakhir, Vettel dari Ferrari gagal untuk mengejar pemandu dari Britain itu.

Ia adalah kemenangan kelima di Litar Gilles Villeneuve, Montreal bagi Hamilton dan ke-45 dalam kerjaya Formula Satu. Dengan kemenangan itu, dia mengurangkan pendahuluan rakan sepasukan dari Mercedes, Nico Rosberg dalam kedudukan kejuaraan dari 24 mata kepada sembilan.

Lewis Hamilton memenangi kemenangan berturut-turut bermula GP Monaco dan kini GP Kanada. – AFP
Lewis Hamilton memenangi kemenangan berturut-turut bermula GP Monaco dan kini GP Kanada. – AFP

Vettel adalah yang kedua untuk berada di kedudukan ketiga dalam mata perlumbaan. Valtteri Bottas dari Williams di tempat ketiga penyudah terbaiknya musim ini dan keenamnya mengumpulkan mata dalam tujuh perlumbaan. Rookie dari Red Bull, Max Verstappen, satu-satunya pemandu bukan Mercedes untuk mencatatkan kemenangan tahun ini, berada di tempat keempat.

Ali yang meninggal dunia minggu lalu, adalah juara heavyweight dunia tiga kali, tetapi Hamilton memenangi kejuaraan Formula Satu keempatnya jika dia mengekalkan seperti ini.

Dan jika rakan sepasukannya terus mengekalkan dalam arah yang bertentangan.

ARTIKEL YANG SAMA