Hamilton menerima trofi sewajarnya

Hamilton menerima trofi sewajarnya

SILVERSTONE, England, 3 Julai (Reuters) – Juara dunia dua kali Lewis Hamilton telah diberikan salah satu trofi yang paling berprestij kelmarin, selepas baru-baru ini menyuarakan ketidakpuasannya terhadap kualiti teruk beberapa hadiah podium Formula Satu.

Pemandu Mercedes itu menerima Trofi Memorial Hawthorn, yang diberikan setiap tahun sejak 1959 kepada pemandu Britain atau Komanwel yang paling berjaya di kejohanan tahun sebelumnya di Silverstone.

Beberapa nama besar telah memenangi trofi tersebut, termasuk pemandu Australia Jack Braham, Sitrling Moss, Jim Clark, Jackie Stewart, James Hunt, Nigel Mansell, Jacques Villeneuve dan Damon Hill.

Hamilton telah memenangi 11 perlumbaan pada 2014 dalam perjalanannya memenangi juara dunia dua kali.

“Itulah trofi sebenar,” katanya selepas menerima trofi peringatan kepada juara dunia pertama Britain Mike Hawthorn, yang telah memenangi gelaran tersebut bersama pasukan Ferrari pada 1958 dan telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya setahun selepas itu.

Hamilton ketika sesi berdiam seketika menghormati mangsa terkorban di Tunisia. – AFP
Hamilton ketika sesi berdiam seketika menghormati mangsa terkorban di Tunisia. – AFP

“Untuk menjadi sebahagian daripada nama-nama besar di sini, itulah trofi sebenar yang perlu ada, semua sejarah ini. Apabila saya berkata mengenai trofi, inilah yang saya maksudkan. Ini kelas, inilah sejarah.

“Inilah kejuaraan sebenar. Dan inilah sebab saya berlumba. Apabila saya menamatkan perlumbaan, itulah ganjaran terbaik yang diterima. Saya mengaitkannya kepada Olympians yang pergi ke luar sana dan mendapat pingat emas. Ini bukan plastik murah, ini adalah benar.”

Awal minggu ini, Hamilton menyoalkan tentang kualiti beberapa trofi yang telah diberikan kepadanya di podium.

“Kali terakhir di Austria ia adalah kayu, kesemua trofi itu dibuat dari kayu. Tapaknya seperti besi. Saya kata apa? Ia sepatutnya perak,” katanya apabila menerima trofi tersebut selepas mengakhiri perlumbaan di tempat kedua kepada rakan sepasukan Nico Rosberg di Spielberg.

Tahun lepas dia menyuarakan ketidakpuasannya dengan trofi plastik yang diberikan di Silverstone oleh penaja perlumbaan Santander.

Pemenang Grand Prix Britain kebiasaannya akan diukir nama pada trofi emas Royal Automobile Clun (RAC) yang pertama diberikan pada 1948.

Hamilton berharap untuk meraih itu juga pada Ahad ini.

ARTIKEL YANG SAMA