Hamilton mengaku kesal, mohon maaf

Hamilton mengaku kesal, mohon maaf

BARCELONA, 17 Mei (Agensi) – Pelumba skuad Formula Satu (F1) Mercedes, Lewis Hamilton menjelaskan, insiden pelanggaran antara dia dengan rakan sepasukannya, Nico Rosberg ketika memulakan pusingan pertama perlumbaan Grand Prix Sepanyol di Litar Catalunya tidak akan sesekali menjejaskan semangat kerjasama dalam pasukan itu.

Selain itu, Hamilton turut memohon maaf kepada pasukannya kerana gagal mendapatkan kemenangan untuk Mercedes akibat pelanggaran dengan Rosberg ketika menyempurnakan selekoh keempat pada pusingan pertama perlumbaan tersebut.

Pada aksi perlumbaan kelmarin, Hamilton terlebih dahulu terbabas dari litar sebelum jentera dipandunya berpusing dan melanggar pula jentera Rosberg yang berada di kedudukan paling hadapan.

“Saya sudah memohon maaf kepada pasukan sebaik sahaja pulang ke garaj pasukan. Segala usaha keras yang dilakukan pasukan untuk mengharungi perlumbaan telah menjadi sia-sia kerana saya dan Rosberg tidak dapat menamatkan saingan disebabkan kesalahan yang saya lakukan.

Hamilton memohon maaf kepada pasukannya kerana gagal mendapatkan kemenangan untuk Mercedes akibat pelanggaran dengan Rosberg ketika menyempurnakan selekoh keempat pada pusingan pertama perlumbaan tersebut. – AP
Hamilton memohon maaf kepada pasukannya kerana gagal mendapatkan kemenangan untuk Mercedes akibat pelanggaran dengan Rosberg ketika menyempurnakan selekoh keempat pada pusingan pertama perlumbaan tersebut. – AP

“Saya berasa sangat kesal sebaik sahaja pelanggaran itu berlaku. Saya telah memulakan perlumbaan dengan baik sebelum terbabas.

“Nico pula menggunakan mod enjin yang tidak sesuai pada ketika itu dan saya pula berada pada kelajuan yang tidak sepatutnya. Secara teknikal, tiada pihak yang harus dipersalahkan dalam insiden ini.

“Ia adalah suatu pengalaman pahit untuk pasukan. Pasukan juga terpaksa menerima kekecewaan disebabkan kemalangan itu.

“Perkara itu telah pun terjadi dan paling penting sekarang ialah bersedia untuk perlumbaan seterusnya,” ujar Hamilton yang mengekori rapat di belakang Hamilton sebelum berlaku pelanggaran.