Hamilton merungut trofi tidak cantik

Hamilton merungut trofi tidak cantik

SILVERSTONE, England, 2 Julai (Agensi) – Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton telah memenangi 37 grand prix dalam kariernya namun mendakwa trofi yang dihadiahkan tidak menepati standard.

“Kami perlu mendapat trofi yang lebih baik, saya terkejut betapa teruknya trofi yang diberikan,” kata Hamilton.

Semasa berlumba bersama McLaren, Hamilton tidak dapat menyimpan trofi dimenanginya kerana disimpan oleh pasukan.

Bagaimanapun apabila menyertai Mercedes pada 2013, pelumba tersebut bertegas untuk dibenarkan menyimpan trofi perlumbaan dimenanginya.

Namun, pengaruh pihak penaja telah menyebabkan beberapa trofi tradisi seperti trofi emas yang dihadiahkan dalam Grand Prix British sejak 1948 telah jatuh taraf ke tempat kedua.

Hamilton menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang trofi kemenangan yang diberikan. – Reuters
Hamilton menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang trofi kemenangan yang diberikan. – Reuters

“Itulah satu-satunya trofi yang ada untuk Silverstone.”

“Tahun lepas mereka memberikan saya trofi plastik dan bukan trofi yang sepatutnya kerana lebih kepada trofi untuk kemenangan GP2, bukan trofi Formula Satu.

“Bagi saya trofi emas adalah yang paling istimewa. Adalah bagus jika setiap negara mempunyai trofi sedemikian dan saya tidak tahu me­ngapa tidak diselaraskan trofi semuanya sama sahaja,” kata Hamilton.

Dalam perlumbaan Ahad lalu, Hamilton yang mempunyai kelebihan 10 mata daripada rakan sepa­sukannya dalam Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg mengakui litar Silverstone amat istimewa kepadanya, yang pernah memenangi saingan di situ pada 2008 dan 2014.

“Silverstone mempunyai selekoh yang amat besar.

“Bagi saya dan Jenson Button litar ini sangat istimewa kerana ba­nyak bendera British di litar tersebut dan semua orang memberikan sokongan kepada saya,” kata Hamilton.