Hamilton perlu memenangi GP Rusia

Hamilton perlu memenangi GP Rusia

SOCHI, Rusia, 27 April – Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton adalah satu-satunya pemandu Formula Satu yang telah memenangi Grand Prix Rusia dan rakan sepasukan Mercedesnya, Nico Rosberg yang kini memenangi tiga perlumbaan pembukaan musim ini, perlu mengekalkannya sebegitu Ahad ini.

Pelumba warga Britain itu akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi kemenangan ketujuh berturut-turut pencabarnya dari Jerman dan rekod keempat dalam kejayaan paling lama.

Hamilton memenangi perlumbaan sulung itu pada 2014 dan kembali pada Oktober lepas untuk mengulangi kejayaan itu selepas Rosberg mendapat posisi depan namun kemudian terpaksa menarik diri disebabkan kegagalan throttle.

Sementara kejayaan itu menjadikan Hamilton juara musim lepas, yang diperolehnya di Texas dua minggu kemudian, perlumbaan Ahad telah ditukar pada slot cuti kebangsaan Rusia dengan kejohanan 2016 masih di peringkat awal.

Hamilton kini 36 mata di belakang Rosberg dan sementara dan walaupun belum pada tahap dia perlu risau, pemandu Britain itu perlu menjadikan situasi kembali ke pihaknya.

Hamilton ketika menghadiri malam gala Times ke-100. – AP
Hamilton ketika menghadiri malam gala Times ke-100. – AP

“Terlalu banyak berlaku dalam fikiran saya selepas China, seperti yang anda jangka,” ujarnya selepas memulakan perlumbaan ketiga musim ini dari belakang grid dan menyudahkan perlumbaan di tempat ketujuh.

“Namun, selepas kesemua tahun ini, pengalaman telah mengajar untuk lebih bersabar dan terus berusaha untuk ke depan apabila saya tewas. Saya telah berada di sini sejak sekian lama.

“Kesengsaraan adalah sebahagian daripada liku perjalanan,” tambahnya. “Terdapat begitu banyak positif untuk dibawa ke pertarungan seterusnya. Jika tiada yang lain, Saya tahu selepas beberapa perlumbaan ini, saya boleh mengatasinya.”

Rosberg sudah tidak mengalami perkara itu baru-baru ini, menerajui dari petak hadapan di Shanghai dan juga menikmati kemenangan selesa di Australia dan Bahrain.

Hamilton juga hampir melakukan hatrik apabila memenangi Bahrain dan China pada 2014 dan 2015, namun Rosberg mengecewakan Hamilton pada perlumbaan seterusnya.

Namun, pemandu Jerman itu terus berwaspada apa yang bakal berlaku.

“Saya tidak menjangka tiga hujung minggu pertama akan menjadi seperti itu,” ujar Rosberg.

“Saya membuat kebanyakan peluang saya dan saya mempunyai kelebihan dalam pungutan mata ketika ini, namun kami hanya baru melalui tiga perlumbaan dan ia hanya memerlukan satu minggu yang buruk untuk menjadikan kelebihan itu hilang. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA