Hamilton positif meski dipintas Rosberg

Hamilton positif meski dipintas Rosberg

SINGAPURA, 19 Sept – Lewis Hamilton menyatakan bahawa dia masih boleh mengatasi Nico Rosberg dalam kejuaraan dunia Formula Satu (F1) buat kali kedua tahun ini selepas terpaksa akur dengan keputusan di podium ketiga yang membuatkan dirinya dipintas oleh Rosberg dalam pungutan mata pemandu.

Hamilton bangkit daripada ketinggalan 43 mata pada awal musim untuk mendahului 19 mata dengan rakan sepasukannya dalam Mercedes, Rosberg meraih kemenangan ketiga berturut-turut semalam untuk kini mendahului lapan mata.

Rosberg memenangi kelayakan dengan kepantasan lebih setengah saat berbanding pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo dengan Hamilton di tangga ketiga, dan pemandu Jerman itu bersaing sengit untuk kejayaan kelapan daripada 15 perlumbaan musim ini.

Lewis Hamilton (kanan) yang hanya mampu meraih tempat ketiga pada perlumbaan GP Singapura baru-baru ini. – AFP
Lewis Hamilton (kanan) yang hanya mampu meraih tempat ketiga pada perlumbaan GP Singapura baru-baru ini. – AFP

Walaupun Rosberg menampilkan prestasi semakin bagus, Hamilton, yang berusaha meraih gelaran dunia ketiga berturut-turut dan keempat secara keseluruhan, berkata “dengan minggu yang bagus” dalam setiap enam perlumbaan sebelum ini, dia boleh mengurangkan defisit itu.

Berbaki enam daripada 21 perlumbaan musim ini, bermula di negara jiran Malaysia dalam tempoh dua minggu, Hamilton berkata dia akan menerima perkara positif daripada minggu yang sukar ketika dia bertarung dengan isu mekanikal.

“Minggu ini agak sukar buat saya, tapi saya masih gembira untuk kembali ke podium dan mendapatkan sebahagian mata buat pasukan,” kata Hamilton yang berkedudukan ketiga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA