Hamilton rangkul trofi GP Jerman

Hamilton rangkul trofi GP Jerman

HOCKENHEIM, Jerman, 31 Julai – Lewis Hamilton melebarkan penguasaan di takhta teratas kedudukan pemandu Formula Satu selepas merangkul kemenangan pada perlumbaan Grand Prix Jerman dengan mudah, sebentar tadi.

Rakan sepasukan Mercedes yang pemandu kelahiran Jerman, Nico Rosberg sekadar menamatkan saingan di tempat keempat.

Tempat kedua dikuasai Daniel Ricciardo, manakala Max Verstappen, rakan sepasukan Red Bull pula di tempat ketiga.

Rosberg menamatkan saingan di gelanggang sendiri dengan tempat keempat selepas gagal memanfaatkan kelebihan permulaan di petak utama ketika pemandu Britain itu memecut pantas untuk meraih kemenangan keenam daripada tujuh perlumbaan. – AFP

Hamilton meraikan kemenangan di Litar Hockenheim, selatan Jerman, semalam selepas perlumbaan Formula Satu Grand Prix Jerman. - AFP
Hamilton meraikan kemenangan di Litar Hockenheim, selatan Jerman, semalam selepas perlumbaan Formula Satu Grand Prix Jerman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA