Hamilton sasar podium di GP Itali

Hamilton sasar podium di GP Itali

MONZA (Itali), 1 Sept – Juara bertahan dunia, Lewis Hamilton menuju ke Grand Prix (GP) Itali hujung minggu ini dengan kejayaan hatrik di sini, bakal meletakkannya sebagai pendahulu pemburuan gelaran selepas musim yang turun naik dalam kariernya.

Pemandu Britain itu mendahului sembilan mata di depan rakan pasukan Mercedes, Nico Rosberg menjelang perlumbaan terakhir musim Eropah, dengan berbaki keseluruhan tujuh perlumbaan lagi.

“Keputusan di Spa saingan GP Belgium (minggu lalu), adalah bagus seperti had kerosakan boleh berlaku. Ia adalah keputusan hebat bagi saya dan pasukan,” kata Hamilton.

“Kini kami akan ke Monza, litar yang saya tahu mengenainya berdasarkan banyak perlumbaan dalam karier saya dan sesuatu mustahil untuk tidak menyukainya.

“Saya melalui hujung minggu yang sempurna tahun lalu dan saya tahu jika saya boleh mengulanginya, ia akan menjadi sempurna.

“Dengan semua penalti sudah tiada lagi, dan enjin baharu sudah bersedia digunakan, ia adalah masanya untuk saya!”

Hamilton yang kini 43 mata di belakang selepas lima perlumbaan, tahu dia berdepan dengan cabaran sukar bukan saja daripada Rosberg, tetapi juga Ferrari yang berada di litar sendiri apabila mereka berhasrat mengakhiri keputusan mengecewakan di depan peminat.

“Bagi saya, ia adalah satu daripada dan setiap perlumbaan adalah seperti final merebut piala. Ia rasa bagus apabila tahu saya mempunyai pasukan dan kereta yang boleh bersaing dan bertarung hingga ke garisan penamat.” – AFP