Hamilton takluk GP British

Hamilton takluk GP British

SILVERSTONE, England, 11 Julai – Juara bertahan Formula 1 (F1), Lewis Hamilton merangkul kemenangan keempat di Grand Prix British, hari ini.

Pemandu berusia 31 tahun itu merakamkan 6.9 saat lebih pantas daripada rakan sepasukan, Nico Rosberg.

Max Verstappen di tempat ketiga manakala rakan sepasukan Red Bull, Daniel Ricciardo, keempat.

Kimi Raikkonen dari Ferrari menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Kemenangan Hamilton melengkapkan hatrik di Grand Prix British buat pemandu Mercedes itu dan juga kemenangan keempat di laman sendiri serta ke-47 dalam kariernya.

Hamilton meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan di paddock selepas menjadi juara Formula Satu Grand Prix di Silverstone semalam.Pemandu berusia 31 tahun itu merakamkan 6.9 saat lebih pantas daripada rakan sepasukan, Nico Rosberg. - AFP
Hamilton meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan di paddock selepas menjadi juara Formula Satu Grand Prix di Silverstone semalam.Pemandu berusia 31 tahun itu merakamkan 6.9 saat lebih pantas daripada rakan sepasukan, Nico Rosberg. – AFP

Keputusan itu turut mengurangkan kelebihan Rosberg dalam perlumbaan dunia kepada empat mata, bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan berdasarkan komen daripada dialog radio bersama kru di pit apabila beliau cuba menyelesaikan masalah kota gear pada lewat perlumbaan.

“Ia adalah satu kerja yang menakjubkan dan terima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama. Ketika ini, saya berfikir mengenai semua orang,” kata Hamilton. – AP