Hamilton tawan GP Itali

Hamilton tawan GP Itali

MONZA, Itali, 6 Sept (AFP) – Lewis Hamilton melanjutkan pendahuluan untuk kategori pemandu dalam kejohanan Formula Satu tahun ini kepada 53 mata apabila melengkapkan kemenangan sempurna di Grand Prix Itali petang tadi.

Pencabar terdekat beliau dan rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg bersara selepas enjin meletup ketika menduduki tempat ketiga pada dua pusingan terakhir.

Kekeliruan tercetus selepas perlumbaan apabila Mercedes dipanggil untuk menjelaskan kemungkinan kereta Hamilton menggunakan tekanan tayar yang lebih rendah daripada tahap yang dibenarkan.

Hamilton mendahului dari petak pertama sehingga ke garisan penamat, berada di depan sepanjang perlumbaan dan berjaya mengharungi saat cemas pusingan akhir apabila dia menyedari masalah yang mungkin berbangkit.

Margin mata beliau menjadikan dia pilihan jelas untuk mempertahankan mahkotanya dan menuntut gelaran dunia ketiga musim ini ketika tujuh lagi perlumbaan untuk diharungi tahun ini.

Hamilton (tengah) menjulang trofi di sebelah naib juara Sebastian Vettel (kiri) dan Felipe Massa (kanan) yang menduduki tempat ketiga selepas GP Formula Satu Itali di Litar Monza selesai petang tadi. – AFP
Hamilton (tengah) menjulang trofi di sebelah naib juara Sebastian Vettel (kiri) dan Felipe Massa (kanan) yang menduduki tempat ketiga selepas GP Formula Satu Itali di Litar Monza selesai petang tadi. – AFP

Juara dunia dua kali yang baru mewarnakan rambutnya kepada perang itu selesai 25 saat di depan Sebastian Vettel dari Ferrari dengan bekas wira tempatan Felipe Massa dari Williams menduduki tempat ketiga seperti tahun lepas.

Untuk Ferrari, ia adalah hari untuk meraikan kejayaan Vettel dalam perlumbaan pertamanya untuk pasukan di landasan sendiri.

Kemenangan Hamilton adalah yang kedua berturut-turut di Autodromo Nazionale, ketiga di litar lama yang terkenal, ketujuh untuk musim ini dan ke-40 dalam kerjayanya.

Di belakang Massa, Valtteri Bottas dari Finland selesai di tempat keempat untuk Williams di depan Kimi Raikkonen – yang terhenti di barisan pertama – sebagai pelumba kedua Ferrari dan pelumba dari Mexico Sergio Perez untuk Force India selesai di tempat keenam.

Nico Hulkenberg dari Force India selesai di tempat ketujuh di depan pelumba Australia Daniel Ricciardo untuk Red Bull, Marcus Ericsson dari Sauber dan Daniil Kvyat juga untuk Red Bull masing-masing menduduki tempat kelapan dan kesembilan.

ARTIKEL YANG SAMA