Hamilton terapi diri

Hamilton terapi diri

TOKYO, 5 Okt – Lewis Hamilton perlu segera memperbaiki kawalan minda seperti Zen di Jepun hujung minggu ini selepas insiden kebakaran enjin yang menyaksikan juara dunia itu terjejas di Malaysia.

Hamilton dengan berang meminta penjelasan dari pasukan Mercedes selepas harapannya untuk menghentikan momentum Nico Rosberg terjejas pada Ahad lalu, yang membolehkan Daniel Ricciardo mendahului kemenangan satu–dua Red Bull dalam tempoh hampir tiga tahun.

Ketika Rosberg melebarkan kelebihan 23 mata dalam kedudukan gelaran dengan berbaki lima perlumbaan berikutan penyudahnya di tangga ketiga, Hamilton berang dengan nasibnya dan mengancam untuk membangkitkan perbalahan didalam pasukan Mercedes dengan membangkitkan kemungkinan konspirasi menentangnya.

“Persoalan saya adalah kepada Mercedes,” Hamilton meminta selepas Sepang, yang bertanya mengapa lapan buah kereta di atas grid yang dikuasakan dengan enjin Mercedes, hanya dia yang mengalami kerosakan musim ini.

“Pada perlumbaan tersebut terdapat lapan pemandu dan saya adalah satu–satunya pemandu yang gagal. Seseorang perlu memberikan saya jawapan dan ia tidak dapat diterima. Seseorang tidak mahu saya menang tahun ini.”

Hamilton selepas beraksi pada perlumbaan Formula Satu GP di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, Ahad lalu. – AP
Hamilton selepas beraksi pada perlumbaan Formula Satu GP di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, Ahad lalu. – AP

Hamilton hanya menunggu masa beberapa hari untuk menukar sebelum Jepun, tetapi dia boleh mendapatkan semula ketenangan jika dia memenangi perlumbaan di Jepun tiga kali dan akan memburu kemenangan hatrik dan ke-50 bagi kerjaya F1 di Suzuka pada Ahad lalu.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menggelar masalah enjin dialami Hamilton “satu kebetulan yang pelik” dan mencabar Hamilton untuk kembali bangkit dalam pemburuan gelaran.

“Pasukan kami bekerja keras untuk mengetahui apa yang berlaku dan belajar darinya,’ janjinya.

“Tetapi saya mahu focus bagaimana respons Lewis selepas kejadian itu. Kami mengecewakannya hari ini dan kami menyalahkan diri kami mengenainya.”

Hamilton kemudian memujuk dirinya. “Hujung minggu lepas adalah satu kekecewaan besar,” katanya hari ini. “Tetapi tidak ada gunanya untuk disesali pada perkara-perkara ini – itu hanya memberi tenaga yang negatif.” – AFP