Hamilton tidak mampu kejar pendahulu perlumbaan – Ricciardo

Hamilton tidak mampu kejar pendahulu perlumbaan – Ricciardo

SPA–FRANCORCHAMPS, Belgium, 28 Ogos – Lewis Hamilton tidak akan mampu mengejar pendahulu perlumbaan selepas bermula dari grid belakang bagi Grand Prix Belgium hari ini, kata Daniel Ricciardo dari Australia.

Pemandu Red Bull itu, yang layak bagi kedudukan kelima, berkata pendahulu kejuaraan dan juara bertahan tiga kali itu akan mendapati tugasan itu terlalu sukar.

Hamilton akan bermula dari barisan belakang selepas mencatatkan beberapa penalti kerana memperkenalkan tiga unit tenaga baru dalam kereta Mercedes pada hujung minggu.

Dia menyediakan unit–unit itu bagi lapan perlumbaan terakhir di mana dia berharap akan memenangi gelaran dunia keempat.

Dia mendahului rakan sepasukan dari Mercedes, Nico Rosberg dari Jerman, yang mendapatkan kedudukan teratas, dengan 19 mata berbaki sembilan perlumbaan termasuk hari ini.

Ricciardo berkata: “Jika kami memiliki perlumbaan bersih dan kami tidak dihalang oleh sesiapa pun yang tidak seharusnya berada didepan kami, saya tidak rasa kami akan melihat Lewis dalam cermin.

“Jika kami melakukan perlumbaan pantas, kami tidak akan melihatnya. Saya pasti dia akan datang, tetapi jika kami berada di lima kedudukan teratas, apa yang perlu kami lakukan, dia tidak akan dapat mengejar kami.”

Rakan sepasukan Ricciardo dari Red-Bull, Max Verstappen wira Denmark adalah satu–satunya pemandu yang mendahului di kedudukan kelima dalam grid, yang akan memulakan perlumbaan dengan tayar lembut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA