Hamilton: Tolak arahan pasukan

Hamilton: Tolak arahan pasukan

SPIELBERG, Austria, 5 Julai – Juara dunia Lewis Hamilton menggesa Mercedes untuk menolak arahan pasukan dan membenarkannya dan pesaing, Nico Rosberg untuk meneruskan perlumbaan sesama sendiri dalam merebut gelaran dunia pemanduan.

Selepas pelanggaran bersama pendahulu dari Jerman itu dalam kejohahan tahun ini pada kemenangan pusingan akhirnya di Grand Prix Austria, pada Ahad, juara bertahan tiga kali itu berkata dia berharap bos Mercedes, Toto Woff boleh menolak arahan pasukan.

“Saya berharap ia tidak berubah dan saya berharap kami boleh meneruskan perlumbaan,” kata Hamilton. “Ini pendapat jujur saya kerana kesukaan terhadap sukan ini. Kedudukan tertentu membolehkan di mana kami berada pada hari ini,” tambahnya.

“Kami mempunyai banyak perlumbaan dan kami akan terus berlumba. Saya berjuang bagi kejuaraan dunia, jadi kami akan terus berjuang.

Hamilton menggesa Mercedes untuk menolak arahan pasukan dan membenarkan beliau Rosberg bersaing merebut gelaran dunia. - AP
Hamilton menggesa Mercedes untuk menolak arahan pasukan dan membenarkan beliau Rosberg bersaing merebut gelaran dunia. – AP

“Kami berharap, menerusi pengalaman ini tidak terdapat lebih banyak dan berharap banyak kekurangan dari apa yang kami ada setakat tahun ini. Berharap, mereka cahaya dalam kabus dan kami akan terus berlumba.

“Anda tidak akan mahu arahan pasukan berlaku. Toto dan Niki (Lauda) adalah hebat dan membolehkan kami untuk berlumba dan ia adalah mengenai perlumbaan.”

Hamilton memenangi perlumbaan semalam selepas terselamat dari pertembungan bersama Rosberg pada pusingan akhir apabila pemandu dari Jerman itu menuju ke arahnya dan memaksanya keluar dari litar pada Selekoh Dua. – AFP